Assalamualaikum and elo semua,Hari ini kita nak cerita sikit pasal game yang saya baru main iaitu CSI the game. Permainan video ini cukup menarik sehingga menguji korang semua macam mana nak selesaikan kes yang diterima. Kejap hidup, kejap mati.
Yang menarik, korang boleh soal siasat dan boleh tanya suspek dengan kehendak korang. Hanya perlu pilih sahaja teks yang diberi dan kemudian respon dari suspek akan diterima tak susahkan. Yang peningnya, korang kena selesaikan puzzle yang disediakan.
Korang juga akan diberi peluang mencari identiti mangsa dan suspek menerusi cap jari yang ditemui. Hanya cari bahan bukit, kemudian hantar ke makmal untuk pemeriksaan. Seronok sebenarnya game ini.
So, kalau korang nak dapatkan game ini secara percuma hanya taip "csi free game download", lepas tu pandai2 korang le cari.
Ok, moga berjumpa lagi. Adios....








